sahabat

Rabu, 22 April 2009

camping kesatria -chamang siri 2-day1

penat btulllll badan malam ni lepas camping yg br habes petang tadi...balik pon agk lewat di sebabkan beberapa aktiviti pagi ni yg terpaksa di extand atas sebab2 tertentu termasuk kelewatan budak2 ni bangun pagi....


seperti biase, sampai je kul 11 kat hutan chamang tu, trus pasang khemah then petang main nature orchestra...masing2 lagu cam sumbang jer...lagi sedap fira nyanyi...tu pon makan mase terlalu lame..kul 5 jer trus ke medan peperangan selepas peluru2 soya di pack dalam bullet2 yg tersedia untuk membunuh musuh. ade pasukan merah kan kuning...merah perisa sirap ros manakala kuning pula sirap mangga...peluru yg berbau harum semerbak tidak seperti bom2 asap yg digunakan di afganistan mahupon FRU malaysia.


aktiviti 2 : wargame
peperangan dimulakan dengan sedikit penerangan cara bermain dan beberapa peraturan termasuk tidak boleh membunuh refree, warrtawan yg membuat liputan dan penolong kanan pentadbiran pendamaian bukit chamang...peraturan mudah saje..hanya perlu membunuh "king" dan setiap bala askar musuh. yg mati perlu di gali makam untuk mereka. akhirnya pergelutan yg sangat dasyat berlaku dengan tembakan dan boom bazooka soya basi berperisa sirap ros dan mangga menghujani ruang angkasa chamang.


ramai yg terkorban lebih awal walaupon pelbagai taktikal di rancang oleh mejer bersara qayyum dan briged jeneral rafi. tapi ade gak askar yg setia berkhidmad walau sudah terkorban...ramai yg jadi zombie. sedikit salah faham berlaku apabila wartawan yg membuat liputan peperangan tercedera dek palitan peluru soya dari peluru sirap ros merah...


walau bagaimanapon, atas resolusi 34b geneva dan kepakaran pendamai g didatangkan khas dari australasia, pertelingkahan dapat di lereaikan. namun untuk memaskan hati kedua2 pihak bertelagah, masa diberikan untuk membunuh antara satu sama lain dalam masa tambahan....ramai yg mati...dan ada juga yg hidup tanpa sedikit calar kerana berselindung di balik pokok...

lepas habes wargame : time to mandi
lepas mandi, sedia untuk solat dan makan -menu - ayam barbeque (bbq) dan nasi goreng....dalm hutan, makan ape pon sedap ditambah dengan kelaparan perut dan kepenatan badan.


kemudian, masa rehat untuk mengamati keindahan alam tanpa hiruk pikuk bandar kl dan tanpa bekalan elektrik yg menghasilkan pemanasan global yg sangat merbahaya untuk sekalian alam. jam 12 beberapa geng taktikal yg didatangkan dari ausie, srikandi2 cintamu, pasukan pesara askar taktikal dari skuadron 67a serta askar2 yg telah terkorban sebelum ni me-riki2 tempat untuk aktiviti seterusnya - berjalan di malam hari yg penuh kegelapan....malam itu sangat indah. bulan tdak kelihatan, tapi bintang bertaburan di angkasa bima sakti.

night walk
sebagai pemandu pelancong malam tu .....aku perlu memandu tanpa tayar...hanya berbekalkan 2 kaki, mata dan lampu penyuluh yg tidak boleh dinyala setiap masa. tapi sebelum tu aku punyai tugas khas...memandu pelancong2 wanita ke destinasi pertama sebelum bertolak, tempat pertemuan mrs tan & mr dash...masa diambil terlalu lama..akhirnya perjalanan diteruskan dengan peserta mari bertaranum di belakang aku menarik mafla(shoul bg perempuan) agar tidak terputus di tengah jalan. berhenti di checkpoint last, motivator dari ausie melakukan tugas2 yg biasa dilakukan sebelum ini. kemuadian....show time..masa untuk pulang...seorang demi seorang...dengan berbekal nombor dan kata laluan yg diberi, aku hanya menunggu di checkpoint pertama....setiap kali ade yg mahu melepasi kata laluan di sebut..ada yg menyahut dan ada yg senonong jer jalan..yg melompat2 pon ade...kali ni fasi tidak dibawa. peserta yg terpilih menawarkan diri untuk membantu..terima kasih untuk kalian. anda memang bijak...aktiviti yg dirancang ntuk tempoh 1 jam telah mengambil masa lebih3 jam...termasuk memandu pelancong ke ladies n mens room...

selesai semua, masing2 menarik selimut dan bantal masing2 untuk tidur dengn aman.

9 ulasan:

  1. Encik aziz, nak tau... Masa saya jalan sorang2 masa night walk tu, saya nmpk encik aziz dua kali. Satu kat checkpoint pertama (encik aziz yg betul) and second kat checkpoint ke-3 kalau tak silap. Erkkk.. siapa tu? Mustahil

    BalasPadam
  2. saya ade di mana2 sajer...akan menghantui anda...ha3

    BalasPadam
  3. huuuu sapakah yg anda nmpk tue cik syuhado??

    da agk yg 1st mst en ajis..

    en ajis ade kne kaco tak?

    BalasPadam
  4. encik ajis..thanx sbb bg semangat kat sy..
    sanggup menari comel dengan alunan lagu 'bintang' oleh maklong xyphos...
    thanx a lot..
    tp *nak marah ni!*
    mane gmbar sy??
    huh!!

    BalasPadam
  5. yeer..bak kate busyra..saye mmg comel...

    BalasPadam
  6. aduhaaii sape yang kate en.cin ajis comel?? sape sape?? duhaiii .. kembang abis tekak den ni haa :D hahahhahaha

    BalasPadam
  7. terima la hakikat...tak percayer...tny syu n kak ema awk tu...sy tau mereka ikhlas...ha3(gelak gaya en sleeping kogoro)

    BalasPadam
  8. astaga .. bawak2 laa bersabar yer en.aziz, kawal diri anda dari riak dan takbur.~ hahaah (prghhh ayatt kuuu)

    hahha x x sory2 ~.~

    BalasPadam