sahabat

Selasa, 26 Mei 2009

kenapa kesatria???

mungkin ramai yg merungut disebabkan kena berkawad untuk melengkapkan jam kredit pengajian dalam mmc/mcsb(nama baru ni..he3). masa awal2 perlaksanaan program ni dulu pon, jurulatih2 a.k.a juruletih ni mendapat tentangan hebat daripada pelajar. ade yg x nak datang..ponteng lah..alasan pelbagai....tu semua kitorang dah pernah buat n tau ape yg anda2(student mmc) buat...even kitorang pon dulu terkejut tiba2 kena gi training untuk kawad ni..masa tu baru jer start keje kt mmc....boss arahkan untuk gi training ke mmc taiping selama 2 minggu...ade gak lectr yg tai-chi n tak mau gi...so pergilah kami yg antaranya ramai yg masih belom berkahwin lg....berjemur dari pagi sampai petang..malam ade lecture pasal kawad...penat siooot....mmg legam la muka masa tu..huh..

mungkin kemahiran kawad ni tidak akan anda praktikkan masa anda bekerja mahupon lepas kawen nanti...tapi elemen2 dan perkara yg disebaliknya tu yg kena anda halusi sedikit

antara perkara yg boleh anda perolehi....perkara yg ujud secara tak langsung yg mungkin anda tidak sedar

1. menerima arahan/disiplin
+ bila berada dalam platun, anda akan menerima arahan dari ketua/jurulatih.bila anda dapat menerima arahan dan patuh pada arahan, anda tidak akan didenda jika anda tidak membuat salah. sebab kadang2 kita ni susah nak terima arahan..degil sangat. bila dapat terima bermakna anda mempunyai disiplin pertama yg bagus.

2. mendengar dengan baik
+ pernah buat ujian MUET tak??? ujian mendengar tu...ade 1 jer punca audio yg perlu anda dengar dengan teliti. dan kemungkinan untuk menerima noise dari sekeliling adalah sangat tinggi. dalam kawad ni...tempat ; padang....luas..dan ade banyak platun n jurulatih lain yg bagi arahan. dan anda hanya perlu dengar arahan dari seorang ketua jer..dalam masa yg sama melatih anda mendengar dengan baik...(sakit tekak aku menjerit ni tau x?!!!)

3. kerjasama kumpulan
+ ni la yg slalu wonderpet cakap..."ape yg penting???.....KERJAASAMA"....bila ada kerjasama, setiap pergerakkan dapat dilakukan dengan baik dan cantik..tapi bila kerjasama tu takde...maka berteraburlah barisan anda..ade yg terlebih langkah..dan ade yg malas...nak hentak kaki pon macam hentak kaki kude.

4. komunikasi antara ahli
+untuk hasilkan kerjasama, anda perlukan komunikasi..manusia penuh dengan kesilapan yg tak dapat dielakkan. bila anda nak luruskan barisan sekalipun, bila kawan di sebelah tidak berada dalam kedudukan yg btul2 lurus....maka..tegurlah kawan anda tu..kaki tak betolpon tegur..supaya baris anda cantik

5. memberi arahan(jadi ketua)
+ ini ujian terhebat kepada mereka2 yg agak pemalu..semua akan merasa jadi ketua masa ujian mengawadkan skuad. jangan malu untuk bersuara dan memberi arahan..kalau tersilap, ulang balik dengan menyebut "semula" pada pembetulan arahan anda...manusia selalu buat silap...don wori...dengan ini anda akan menjadi lebih yakin bila berdiri di hadapan crowd...tu pon sikit...kalau ade yg nak jadi PM or ketua pemuda bahagian atau presiden sesuatu badan berdaftar yg sah...macam mana kalau tak boleh nak cakap????

6. menghormati antara satu sama lain
+dalam kawad secara tak langsung anda akan belajar jadi seorang yg beradab. bile nak masuk baris...tak bleh la masuk trus senonong camtu jer. kena lapor diri pada juru latih dan memohon kebenaran /izin untuk masuk baris....cakap kena la bersopan. kalau kena denda sebab anda lambat...terima jer la....sape soh lambat masuk baris.....kesilapan perlu ditanggung sendiri...

7. kenal antara satu sama lain
+anda diletakkan dalam kumpulan yg berbeza dengan ahli kumpulan yg mungkin anda tidak kenal. mungkin masa blaja...gi klas..tak perasan pon kawan tu 1 batch ngn anda..tapi jumpe masa kesatria. kenalan ni penting...mane la tau...motor rosak tengah jalan...masa tu ade lak orang tolong...sebab perasan anda memakai baju kesatria @ cam muka anda kerana dalam platun yg sama.bleh la tolg anda yg sedang kesusahan masa tu...

8. badan sihat
+technically, kawad ni menggerakkan kesemua otot2 badan, kaki, tangan, penglihatan, pendengaran dan pemprosesan maklumat dalam otak bila mendengar atau memberi arahan. tak perlu ke gym. dengan hanya berjalan, peluh pon keluar...tak perlu juga jogging jauh2...yg mungkin kadang2 tidak dapat dielakkan..cuaca panas..tu jer....kalau hujan...masuk dewan..rugi jer tu...dan bila dah penat pada petangnya itu...maka badan anda boleh la rest dengn lebey aman pada malamnya...tido gerenti nyenyak...

secara keseluruhannya....ia tak merugikan anda..pikirlah dari sudut yg lebey positif...maka anda akan menikmati keseronokkan bukan bebanan pada batu jemala anda.....

gamba akan uplod kendian

6 ulasan:

  1. betul pe yg en aziz ckp..
    ms kawad sy blaja cmne nk dgr arahan dgn betul..sy jd lebih berdisiplin..kena lantang bersuara..mcm2 la yg sy dpt..selain muka pun mkin 'cerah dan berseri'..

    BalasPadam
  2. ish saye dtg setiap minggu
    well expect satu tu pun ujan...

    BalasPadam
  3. hujan itu rahmat....
    muka cerah berseri sperti en aziz bukan....

    BalasPadam
  4. terima lah hakikat cik emeliaaaa....

    BalasPadam