sahabat

Rabu, 25 November 2009

a FACESphotographeer

profil :
abdul aziz sumairi | asal - selekoh, perak | 25 julai 84 | ijazah sarjana muda UUM(2003-2006) | ijazah teknologi maklumat(by research) -kini | pekerjaan - pensyarah diploma in creative new media MMC -illustration/animation | free time - FACESphotographeer | minat - lukis2 /komik / photographee / animation n film / action figure / toys | book n mag as reference - popcorn, gempak and all gempakstarz comic publication / toy garage / computer art / digital camera | web reference - abduzeedoo . candidsyndrome . gempakstarz . kromosom . ibn batthuta animated siries . probaby . mohammadyazid . vectortutplus. iamscotty . psdtutplus . majalah wow.

kenapa seni ?~~~
minat dalam bidang seni telah lahir bersama saya ketika mula mencelik mata melihat dunia. dari kecil lagi dah mula belajar melukis dan mewarna bersama abah kat rumah. eeven mak, abah n kakak punya bakat seni yg sangat mengujakan saya pada ketika itu. helaian pada muka surat buku latihan jadi mangsa contengan pada zaman tak berduit tu.

belajar sendiri~~~~~
ini cara yang mudah...saya tidaklah mendapat pendidikan seni secara formal melainkan di sekolah sampai form 3 jer. saya tak pernah tinggalkan pensil dan kertas walau ape jua sy buat(sampai sekarang). setiap masa sy akan melukis dan improve kekurangan yg ada. meniru lukisan dari komik US dan Jepoon jadi suatu latihan yg perlu. even masa dlm spm pon sy kurang membaca, melukis ade la(xde pon amek paper seni). teknik lihat dan buat amat berkesan pada sy. kt libry sekolah dulu, masuk libry bukan ntuk baca buku, tapi tgk camne teknik2 lukis dlm buku drawing , tak pon tgk buku dato' LAT.

pengajian~~~~~
meneruskan dalam bidang multimedia di UUM mungkin bukan suatu pilihan yg dikehendaki pada awalnya. pilihan pertama pada ketika itu adalah architecture UPM(sbb ex dpt kat situ). tapi alhamdulillah, duduk dlm hutan sintok pada zaman U sangat menjimatkan duit. tak perlu bersusah untuk keluar dapatkn hiburan, cuma duduk di bilik(kolej paling terpencil UUM- bukit kachi) dan explore segala software yg ada.

kerja ya~~~~
syukur kerja di industri tidak seperti belajar di kolej. sangat jauh beza. industri memerlukan skil sedangkan sy dibekalkn teori yg sgt lemah di U dulu. berhempas pulas untuk siapkan projek animasi "Panglima Awang " ketika itu bersama 4 lagi rakan se-prektikal(maklumat tentang panglima awang boleh diperolehi di FACESphotographee). kemudian beralih ke ed-online, sebuah kompeni cina yg tersangat memberi impak dlm kerjaya sy. kerja dgn kompeni melayu dan cina mmg byk beza. tp sy lebih suka dgn ed-online berbanding idwal system( tempat praktikal) - kenapa? ...tak perlu sy terangkan kt sini. nanti bwk aib pulak.

kini~~~~
mula bekerja sebagai pendidik awal thun 2007. pengalaman menjadi tutor di UUM beri sedikit smangat.mungkin juga sebab abah seorang guru(dh pencen), sy sorang jer yg jd pendidik dlm family setakat ni. mengajar DNM pada awal april 2008(intake dnm pertama) sehingga kini. rujukan web banyak membantu dalam proses pengajaran. tutorial dan majalah beri banyak info untuk bagi student lebih byk assignment agar pembelajaran lebih faham.

DNM - ( approved and rejected)
menjadi seorang yg melihat perkembangan anak muda malaysia dalam bidang design, photography, animation and illustration ni memerlukan ilmu yg teguh dan teori yg kukuh agar dapat deliver ilmu kepada mereka "yang mahu belajar". sy tidak sehebat fabriano pengasas abduzeedoo, tapi sy willing untuk belajar dan sama berkongsi ilmu sy ade. insyaallah. cop APPROVED dan REJECTED dah jadi suatu yg sangat MESTI bila masuk dalam DNM . perlu diketahui bahawa cabaran sebagai seorang designer tersangat stress kat luar sana. disiplin yg tinggi diperlukan untuk designer ikuti seperti deathline dan requirement pelanggan mahupun boss as a client. perkara2 yg ditegur perlu diambil kira, bukan di"AMBIL SENANG" jer. . .

art~~~~
peralihan dunia kini sentiasa berubah setiap masa dalam bidang art n design. rujukan setiap hari perlu untuk mengasah bakat disamping mengikuti perkembangan design masa kini. jangan malu bertanya dan sentiasa berlatih asah bakat sedia ada. disiplin tersangat penting, kerana designer sentiasa bekerja dengan "DEADLINE"yg perlu diikuti setiap hari.

FACESphotographee~~~~
ditubuhkan dengan dasar minat mendalam tentang ilmu imejan , komposisi dan moment. hanya mendapat sedikit ilmu perturunan SAIFUL NANG dari kursus candidsyndrome, setiap detik cuba diabadikan dalam bentuk imej yang punyai maksud dan erti dalam hidup. disamping sebagai rutin hujung minggu, sy berharap imej janaan canon 40d sy dapat menggembirakan sesiapa saja yang menontonnya di web mahupun album. masih baru dalam industri photowedding...gabungan dari 3 orang bekas pelajar UUM, ajiz(sy) , lalat(shanaz) dan wantos(sharidzuan) kini cuba merekrut beberapa pelajar untuk mereka boleh melihat bagaimana bekerja dalam industri sebenar(berminat?- boleh hubungi sy)

akhir~~~
ilmu untuk dikongsi bersama, tak rugi berkongsi..berbaloi-baloi lagi ade..sebab kita ni "semua sama"...

3 ulasan:

  1. wah3! en ajiz mcm tgah bg ucapan menang award da..saye kagum! nak berjaya mcm en..doakan..amin..

    BalasPadam
  2. hahaha..kn tmbh skit klau cam bg ucapan mng award..sy brtrime ksh kpd kluarga sy,kwn2 yg sntiasa mmbmbing sy..dan lain2 lagi..

    BalasPadam
  3. hmm..award ape yg bleh sy menang??? doa2 la yer..mn tau. tp kena ucap kpd student2 yg tlah beri byk kilo atas kepala ni haa...ha3

    BalasPadam