sahabat

Selasa, 28 April 2009

wallpaper


dalam beberapa minit sebelum ke tempat kerja aku siapkan 1 wallpaper ntuk presentation CEO MIIM...boleh juga digunakan untuk anda semua..baru belajar teknik dari www.abduzeedo.com

imej masjid adalah imej masjid kg sungai tiang darat, perak.....my kampung halaman

(perlu teruskan tugas di booth foto untuk pendaftaran intake april 2009 mmc)

Isnin, 27 April 2009

lagi imej dari chamang

masa menunggu..lambat sungguh budaak2 datang


Jumaat, 24 April 2009

cop mohor...

APPROVED or REJECTED

in the line of education in mmc, this 2 trademark i prepare for my student currently study in dnm programme. usually i used the "reject" 1 coz the output is the main product that i have to look for as qc(quality control) .

sejarah bagi mmc pernah dicatat bahawa lebih daripada 20 orang pelajar yg tidak memberi komitmen dengan label GDB terpaksa diberhentikan. saya tidak pernah berbangga dengan nilai ini. tapi sedarlah....kolej tempat untuk belajar, bukan main2. bukan ntuk tunjuk kat kawan2 henset2 mahal yg anda ada mahupon mobil2 kepunyaan keluarga yg boleh anda bawa ke mana2 saja. di sini, anda perlu bayar setiap apa yg anda guna.dan guna la sepenuhnya.

beberapa ingatan (a.k.a amaran) untuk pelajar DNM

illustration : sekali anda tidak masuk kelas(tanpa alasan kukuh) = anda dikira GAGAL, siapa yg lambat 30 minit drpd sy masuk tanpa wacom = tak payah masuk kelas/anda dikira GAGAL juga , tidak dibenarkan membuka aplikasi selain photoshop dan illustrator

digital photography : 1 kelas tak datang....markah ditolak 10. klu 10 kelas x datang?blom tolak ngn gamba2 yg kena reject

jangan nak membazir waktu kami untuk hasil2 yg mudah untuk kami campak dalam tong sampah. klu cop "reject" terpalit pada helaian kertas anda...dont mad at me...

jika anda ingin berjaya, cari la rujukan dan banyakkan latihan insentif yg sgt tinggi. jika ade sebarang kemusykilan, saya sedia membantu..begitu juga en iskandar. kami tak makan orang. kami cuma mahu anda hasilkan sesuatu yg lebey baik....mungkin lebey baik dr kami...

"ilmu Allah cipta untuk dikongsi, bukan disimpan dalam peti"

Khamis, 23 April 2009

camping kesatria -chamang siri 2-day2



pagi 22 april masing2 bangun sangat lewat kecuali penjaga malam serta beberapa org yg tak bleh tido. kul 730 berkumpul dan bersenam robotik. kali ni buat tarian poco2 dengn iringan muzik dari speaker bas mmc. senaman di ketuai oleh peserta mari bertaranum....imej seperti di bawah...sethu dan fadzly..



aktiviti 6e : trecking n bombing treck
lepas makan sementara tunggu laluan trecking siap, main teka dan menang...kejap jer.pastu gi trecking..ade game di tengah2 jalan..berguling2 bawah boobby trap, melastik polistrin dan orang dan terakhir, jerangkap samar labah2..


tak semua dapat aku lihat cara mereka2 ni bermain..aku tunggu gak c tqa nak main laluan 1st...rupenye org len yg masuk boobby trap tu.tp sempat la tgk syu mengalami kekalahan tipis melalui laluan sukar walau dia rasa cukup kecil untuk melalui jerangkap jerangkung tu.
aksi menembak menggunakan lastik sangat sukar bagi mereka yg tidak pernah merasainye...huh..tapi dasat bagi peserta mari bertaranum..3 kali shoot trus kena....mari tepuk

iklan : rupenye tqa tak gi night walk...cesss..tak aci btul...aku dah plan prank ntuk dia dah...

aktiviti terakhir sebelum makan : explorace
sementara menunggu makan sampai, laluan sukar untuk ke-8-8 kumpulan untuk mencari klue2 yg dihasilkan oleh jurubahasa kesatria-cik wani , perancang litar qarun - cik ira , juruletih bertauliah kesatria - cik fira dan dik nani serta tukang kira bajet - cik wahida. ade yg dapat tin biskot, bola milo dan ade gak yg pulang tangan kosong...

alhamdulillah selesai aktiviti dan bleh makan....klu pasal makan ni 1 hal la pulok..ade yg x makan itu ini dan ade lak yg terlebih makan...naseb baik makanan habes...tapi ade gak yg berbuang...basi n xde orang makan. ape2po tq banyak2 to semua yg mengikuti perkhemahan kali ni...agak rilex juga untuk semua jurulatih yg mmg letih...dan kepada yang membantu menjayakan perkhemahan kali ni....terutamanye kpd en qayyum selaku ketua platun kesatria kali ni...

Rabu, 22 April 2009

camping kesatria -chamang siri 2-day1

penat btulllll badan malam ni lepas camping yg br habes petang tadi...balik pon agk lewat di sebabkan beberapa aktiviti pagi ni yg terpaksa di extand atas sebab2 tertentu termasuk kelewatan budak2 ni bangun pagi....


seperti biase, sampai je kul 11 kat hutan chamang tu, trus pasang khemah then petang main nature orchestra...masing2 lagu cam sumbang jer...lagi sedap fira nyanyi...tu pon makan mase terlalu lame..kul 5 jer trus ke medan peperangan selepas peluru2 soya di pack dalam bullet2 yg tersedia untuk membunuh musuh. ade pasukan merah kan kuning...merah perisa sirap ros manakala kuning pula sirap mangga...peluru yg berbau harum semerbak tidak seperti bom2 asap yg digunakan di afganistan mahupon FRU malaysia.


aktiviti 2 : wargame
peperangan dimulakan dengan sedikit penerangan cara bermain dan beberapa peraturan termasuk tidak boleh membunuh refree, warrtawan yg membuat liputan dan penolong kanan pentadbiran pendamaian bukit chamang...peraturan mudah saje..hanya perlu membunuh "king" dan setiap bala askar musuh. yg mati perlu di gali makam untuk mereka. akhirnya pergelutan yg sangat dasyat berlaku dengan tembakan dan boom bazooka soya basi berperisa sirap ros dan mangga menghujani ruang angkasa chamang.


ramai yg terkorban lebih awal walaupon pelbagai taktikal di rancang oleh mejer bersara qayyum dan briged jeneral rafi. tapi ade gak askar yg setia berkhidmad walau sudah terkorban...ramai yg jadi zombie. sedikit salah faham berlaku apabila wartawan yg membuat liputan peperangan tercedera dek palitan peluru soya dari peluru sirap ros merah...


walau bagaimanapon, atas resolusi 34b geneva dan kepakaran pendamai g didatangkan khas dari australasia, pertelingkahan dapat di lereaikan. namun untuk memaskan hati kedua2 pihak bertelagah, masa diberikan untuk membunuh antara satu sama lain dalam masa tambahan....ramai yg mati...dan ada juga yg hidup tanpa sedikit calar kerana berselindung di balik pokok...

lepas habes wargame : time to mandi
lepas mandi, sedia untuk solat dan makan -menu - ayam barbeque (bbq) dan nasi goreng....dalm hutan, makan ape pon sedap ditambah dengan kelaparan perut dan kepenatan badan.


kemudian, masa rehat untuk mengamati keindahan alam tanpa hiruk pikuk bandar kl dan tanpa bekalan elektrik yg menghasilkan pemanasan global yg sangat merbahaya untuk sekalian alam. jam 12 beberapa geng taktikal yg didatangkan dari ausie, srikandi2 cintamu, pasukan pesara askar taktikal dari skuadron 67a serta askar2 yg telah terkorban sebelum ni me-riki2 tempat untuk aktiviti seterusnya - berjalan di malam hari yg penuh kegelapan....malam itu sangat indah. bulan tdak kelihatan, tapi bintang bertaburan di angkasa bima sakti.

night walk
sebagai pemandu pelancong malam tu .....aku perlu memandu tanpa tayar...hanya berbekalkan 2 kaki, mata dan lampu penyuluh yg tidak boleh dinyala setiap masa. tapi sebelum tu aku punyai tugas khas...memandu pelancong2 wanita ke destinasi pertama sebelum bertolak, tempat pertemuan mrs tan & mr dash...masa diambil terlalu lama..akhirnya perjalanan diteruskan dengan peserta mari bertaranum di belakang aku menarik mafla(shoul bg perempuan) agar tidak terputus di tengah jalan. berhenti di checkpoint last, motivator dari ausie melakukan tugas2 yg biasa dilakukan sebelum ini. kemuadian....show time..masa untuk pulang...seorang demi seorang...dengan berbekal nombor dan kata laluan yg diberi, aku hanya menunggu di checkpoint pertama....setiap kali ade yg mahu melepasi kata laluan di sebut..ada yg menyahut dan ada yg senonong jer jalan..yg melompat2 pon ade...kali ni fasi tidak dibawa. peserta yg terpilih menawarkan diri untuk membantu..terima kasih untuk kalian. anda memang bijak...aktiviti yg dirancang ntuk tempoh 1 jam telah mengambil masa lebih3 jam...termasuk memandu pelancong ke ladies n mens room...

selesai semua, masing2 menarik selimut dan bantal masing2 untuk tidur dengn aman.

Sabtu, 18 April 2009

my new studio


* sewaktu keyboard tertaip ni aku masih ade 13 illustration yg perlu aku siapkan untuk member aku yg semakin kurus : iaitu en pawaz....

dan pada masa yg sama aku baru selelsai set-up workstation aku yg aku kira agak segar sket...walau aku sudah kepenatan unuk mewarna ilustrasi untuk kerajaan selangor tu....aku kering idea...nak saje aku bg job ni kat budak2 dnm.....tapi diorg semua dah balik kg daaa....

so dengan ade susunan studioku yg baru ni harap dapat mempertingkatkan lg kerajinan aku untuk bekerja membanting tangan mata juga kepala otak untuk menghasilkan sesuatu yg lebih baik dari sebelumnya...aku kira, aku masih belajar dan perlu belajar lg banyak dari expert2 kat luar sana. dan kawan aku si iskandar ade bagi url top designer yg tersangat2 gempak....aku sangat admire...i hope i can make sumthing like them...insyallah...aku berusaha...semua perlu berusaha...

surat kontrak mosti pon dah sampai....pasni tak bleh main2 lg...yeaaahhh...berusahalah en aziz!!!

as requested dari mirot :- url top designer dari poland / brazil / indonesia

http://www.mosk.pl

http://psd.tutsplus.com

http://www.smashingmagazine.com

http://www.attitudedesign.co.uk/

http://abduzeedo.com

http://www.oxidizzy.com

http://www.veckr.com/

http://majalahwow.vze.com/

http://vector.tutsplus.com/

banyakkan explore..gunakan kemudahan dengan sebaik n semaksima mungkin

Isnin, 13 April 2009

my new life as Msc IT student

alhamdulillah

setelah menunggu hampr 5 bulan, aku akhirnya mendaftar kembali sebagai seorang pelajar. jalan sukar sedang menanti di hadapan. sebenarnya pon...tak terlintas nak sambung blaja lagi...dah syok ngajar orang n reject keje student...heheheh...nanti keje aku lak yg kena reject...hahah..tak kisah semua tu..

sepatutnya dah kena daftar kat uum awal bln 1 lg..tapi sbb tak kompem lg...so ambil masa untuk tenangkn otak dulu...apa2pon tq n bersyukur sangat banyak2 kpd ALLAH s.w.t sbb dari Dia-lah segala punca rezeki..dan terima kasih kpf Prof Madya Dr Shuhada Shiratuddin atas kepercayaannya untuk bagi aku tajuk research ni . dan tak lupe kpd En Syam(lecturer aku dulu) yg temankan aku gi mendaftar kat UUM, n thanx banyak2 to my lurver too Norazmanira yg banyak bg support kat aku.........research aku bertajuk

ENHANCHING eLEARNING WITH LOCAL CHARACTER AVATAR

kalau dibandingkan dengan tajuk2 yg lain...agak payah la. tawaran ni dah dapat dari tahun lepas lagi...Prof Suhada dapat geran MOSTI untuk bikin projek ni...tapi xde sape nak buat...so 1 hari tu dia sms jer...call balik, sembang2 stuju trus...lagipon ade gak kawan2 yg masih dok kat UUM tu yg dok sambung blaja n keje....

insyallah aku cuba untuk habeskan blaja aku ni dengan sempurna..so harap2 dapat kerjasama dari anda2 semua yg membaca blog ini nanti...insyaallah

Khamis, 2 April 2009

kesatria..dulu dan kini

i just hang up with my frenz for bout 1 hour n 16 minute on the phone...and at the same time belek2 gamba lameee...so terjumpe la gamba di bawah ni...ni masa kesatria 1 dulu...masa ni semua jurulatih ade..termasuk la Pn Nadia(skrg cikgu nadia), En Riduan(wak parjo) n Yusri(CE MIIM)...situasi menampakkan atiqah sedang di papah oleh fira...mungkin tak makan sebelum tu...kena tanya tuan punye badan..kenape ye tqa.????bibir dia dah pucat gile..kurang air...badan lesu..fira pon kate"berat lak budak kurus ni"...huhuhuh...


imej seterusnya adalah sebelum imej di atas...masa ni semuaaa kena lompat bintang..tapi yg sorang ni macam nak terbang pon ade...esh3..bahaya...takut terlepas sampai awan..pastu xde sape nak sambut nanti...ha3


seterusnya...teriakan dari ketua platun..qayyum(a.k.a pakwe fira)...ade qayyum ni..kerje jd lebey mudah...xde la kitorg nak menjerit jer..dalam kelas membebel..kat padang lak nak menjerit..huhuh

imej2 di atas adalah semasa kesatria 1 bagi grup alfa n kawan2....baru aku perasan muka bdk bernama alfa dalam gamba aku ni...sblm ni x prasan...dah tamat latihan dah pon..pasni nak bawak gi camping lak....hmmm....ujian getir bakal menyusul...

percayalah